Keberangkatan negara Ratu Elizabeth II ke Republik Ireland

Pada 17 Mei 2011, Ratu Elizabeth II dan Putera Philip telah memulakan suatu sesi lawatan negara ke Republik Ireland, dengan jemputan Presiden Ireland, Mary McAleese. Lawatan ini berlanjutan hingga 20 Mei. Ini merupakan lawatan pertama oleh seorang Raja British ke kawasan di mana kini adalah Republik Ireland. Sebelum ini, lawatan pernah diadakan pada 1911 oleh datuknya Ratu Elizabeth II, Raja George V, sewaktu ia masih merupakan sebahagian kawasan penting dalam Kesatuan United Kingdom dari Great Britain dan Ireland. Tempoh campur tangan dalam sejarah republikanisme Ireland melihatkan penubuhan dan pengisytiharan Republik Ireland pada 1916, berikutan tragedi Pemberontakan Paskah melawan pemerintahan British, sehingga akhirnya kemunculan Ireland pada tahun 1921. Nini, Ireland Utara tetap menjadi sebahagian daripada tanah jajahan United Kingdom, sedangkan negara berdaulat di pulau Ireland yang dimiliki pada tahun 1949 memutuskan semua hubungan vertigial dengan mahkota dan Komanwel British.Lawatan ini dipandang sebagai suatu bentuk lawatan simbolik yang menjadi kebiasaan dalam memperteguhkan hubungan United Kingdom-Ireland, meskipun terdapat ancaman bom diuar-uarkan.[1]Selepas selesai peristiwa pertandatanganian persefahaman dalam Perjanjian Jumaat Agung 1998. Banyak isu kedaulatan dan kewarganegaraan di Ireland Utara diperdebatkan oleh banyak negara. Maka, kunjungan Ratu Elizabeth ini dianggap oleh sesetengah penganalisa politik sebagai suatu tanda tranformasi hubungan dua-hala kearah kesepakatan dan perdamaian bersama antara Republik Ireland dan negara-negara sekitarnya. Ia juga dianggap sebagai kesinambungan dan persamaan antara kisah Garden of Remembrance dan Croke Park, serta salah satu adegan Ahad Berdarah 1920. Misi lawatan Ratu mungkin bertujuan untuk memulakan lembaran baru dalam operasi pendamaian terbesar dalam sejarah Republik Ireland.[2]

Rujukan

WikiPedia: Keberangkatan negara Ratu Elizabeth II ke Republik Ireland http://www.abc.net.au/rn/breakfast/stories/2011/32... http://www.agakhanstuds.com/stud/gilltown.asp http://edition.cnn.com/2011/OPINION/05/16/ireland.... http://www.fubuku.com/queen-elizabeth-iis-cousin-l... http://www.irishexaminer.com/breakingnews/ireland/... http://www.irishtimes.com/newspaper/breaking/2011/... http://www.irishtimes.com/newspaper/ireland/2011/0... http://www.youtube.com/watch?v=FHFVNQa39S0 http://irishgenealogyqueries.yuku.com/topic/1023/T... http://www.breakingnews.ie/archives/2011/0510/ente...